nama saya fadzli ye.. ^_^

sy suke mrepek..xske nk hias2 blog sy yg xcntik ni,so, timelah seadanye k...

Tuesday, August 10, 2010

THIS IS MY NEW STORY

Heyya,this is my new story.karya ak yg terbaru..but this is juz an intro only.selamat membaca..my old story-"aku ahli muzik"sedang dlm proses penulisan..haha

Kurun ke-15
Melaka
“Kanda, kenapakah kanda termenung sahaja. Masalah apakah yang bermain di fikiran kanda” tegur Dewi Anum kepada suaminya Laksamana Aduka. “Dinda, tiada apa-apa masalah dinda, cuma kanda teringat peristiwa pergaduhan Laksamana Hang tuah melawan Taming Sari tempoh hari. Sangat gagah laksamana Hang Tuah itu nampaknya dinda” “Benar lah kanda. Orang-orang di pekan semuanya memperkatakan tentang si Tuah itu. Semuanya bermegah dengan kegagahan nya. Begitu juga gadis-gadis. Nampaknya ramai yang jatuh hati padanya kanda”. bicara Dewi Anum sambil tersenyum. “Dinda ni. kesitu pula dia” “Dinda” “Ada apakah kanda” “Kanda terfikirkan sesuatu. Hang Tuah itu sangat gagah. Dengarnya dia berguru dengan Mahaguru Adiputra di Gunung Ledang. Bagaimana agaknya jika kita hantarkan putera kita nanti untuk berguru dengan Mahaguru Adiputra itu” “Jikalau kanda berhajatkan demikian, dinda menurut sahaja”balas Dewi Anum dengan tersenyum kelat. Hatinya bergelora, runsing dengan hajat kekandanya Aduka itu. Ingin sekali dia menolak permintaan kekandanya itu tetapi tidak sanggup pula hatinya. Begitu dalam kasih sayangnya terhadap kekandanya. Aduka mengusap-usap perut Dewi Anum yang mengandungkan putera mereka. Mencium dahi isteri kesayangannya itu. Sambil memegang erat tangan isterinya Aduka berkata “Dinda, kanda tahu dinda berat hati dengan permintaan kanda itu. Tapi kanda mahu dinda percayakan kanda. Putera kita akan memegahkan kita satu hari nanti. Dia akan berjasa ke atas bumi Melaka ini seperti Hang Tuah itu”. Dewi Anum senyum tanpa sebarang bicara.
Sembilan bulan telah berlalu. Putera Dewi Anum dan Aduka telah selamat lahir ke dunia. Akan tetapi, telah gempar Kampung Bayu Selasih dengan kelahiran putera Aduka itu. Putera mereka dilahirkan dengan dua butir geliga yang masing-masing berwarna hitam dan putih. Penduduk-penduduk kampung semuanya terkejut dengan berita itu. Sehingga dukun-dukun semuanya hendak menilik kejadian itu. Tetapi tidak satu pun dibenarkan oleh Aduka. Ramai juga penduduk kampung yang turut menumpang kegembiraan di sebalik kelahiran itu. Mereka beramai-ramai mendoakan kelahiran itu. Tidak kurang juga yang memberi hadiah kepada keluarga Aduka. Aduka dengan penuh rasa bersyukur berdoa ke hadrat Ilahi atas kurniaan yang berharga itu. Putera Aduka dan Dewi Anum itu lahir pada ketika tepat terbitnya fajar. Aduka menganggap kelahiran itu amat istimewa. Kelahiran yang dilimpahi rezeki dan rahmat.
Selepas solat Maghrib, Aduka menghampiri isterinya yang sedang membelai putera mereka itu. Sambil tersenyum Aduka berkata “Sungguh cantik putera kita ini ya dinda. Bersih sekali wajahnya” “Mestilah kanda, lihatlah siapa ayahandanya”ujar Dewi Anum sambil tersenyum gembira. “Apa nama yang kanda hendak berikan pada putera kita ini wahai kanda?” “

ok.thanks kerana membaca...karya ni blom ade tajuk..pada sesape yg ade idea cadangkn la ye..huhu

No comments:

Post a Comment